CHECKLIST BEFORE CHAMBERING ( NEGERI KELANTAN 2018)

Okay.. pasti anda semua yang nak start chambering rasa excited untuk masuk ke alam baru kan.. But jangan terlalu excited tau. Chambering life ni tidak lah seindah yang disangka. HAHA.. But maybe depends on nasib.. Tapi tak apa.. kat sini Intan nak share dengan anda checklist untuk anda prepare sebelum masuk ke dunia yang baru ni tau.. HEHE

CHECKLIST BEFORE CHAMBERING ( NEGERI KELANTAN 2018)
**please bear in mind yang list ni Intan sediakan based on my journey itself. Not a formal thingy okay :)

1. Masa anda nak mencari firm untuk chambering, make sure Master ataupun lawyer yang nak terima anda sebagai chambering tu, Beliau dah practice in Legal field dah 7 years and above. Boleh check dekat website Malaysian Bar. 

2. Kalau anda dah terpilih untuk interview, anda kena jadi diri sendiri. Jangan acting terlalu baik, dan jangan terlalu mintak penampar. Just be yourself. Ini Intan selitkan beberapa soalan yang Intan tanya master Intan. Bagi Intan benda ni agak penting:
**master Intan wanita, jadi soalan dia semua akan ada Puan.. Jangan hafal sebijik2 okay 


a. Puan, boleh saya tahu adakah firm ini akan menanggung semua kos utk 
filing sepanjang 9 bulan saya disini termasuk dengan Makan2 masa long call?

b. Puan, boleh saya tahu berapa elaun saya akan dapat dalam masa sebulan?
**elaun ni terpulang atas master nak bagi kita berapa. kalau anda rasa jumlah yang anda akan dapat tu sikit, anda ada hak nak tolak chambering disitu. Tapi jangan expect ribu riban kat Kelantan ni. Standard RM 300 - RM 700 je sepanjang chamber tu. huhu. Dapat lebih untung badan.
**macam Intan, sebulan pertama Intan cuma dapat RM 300 sahaja sebab baru nak start filing. kerja pun buat apa sangat, so okay lah. Tapi Intan travel dari Kok Lanas ke Kubang Kerian (40 minit). 

c. Puan, maaf ya.. PC (practice certificate) puan untuk tahun ni tak ada masalah kan? 
sebab saya tak nak borang 1 & 2 saya bermasalah akan 
menyebabkan kena filing banyak kali. nanti rugi duit.

Okay,, untuk soalan C tu actually ada kaitan dengan apa yang berlaku dengan diri Intan sendiri. Intan tak tanya soalan tu dekat master intan. So, inilah padah diaaa

Intan actually pada 3/1/2018 intan dah filing borang 1 & 2 intan secara e-filing. okay masa ni tak ada masalah. lepas tu Intan serve borang 1 & 2 tu pada badan2 yang berkenaan. 
(Okay untuk steps filing ni intan akan cerita dekat next post.)

Setelah beberapa hari lepas Intan serve borang tu, Malaysian Bar call and bagitahu yang Borang 1 & 2 intan perlu ditarik balik sebab PC (practice certificate) Master Intan punya belum renew. ok master intan bukan tak sah practice, cuma lesen tu tak renew. lesen tu wajib renew annually. lepas tu intan terpaksa buat notis tarik balik, serve balik semua... oh god.. memang leceh sangat sebab banyak benda kena buat. Semua benda melibatkan $$$ tau. 

Dipendekkan cerita, pada bulan 2, segala masalah PC my master dah selesai. tapi in between 3/1/2018-3/2/2018, my chambering not counted okayyy. so kerja free lah kau sebulan tu.  
Alhamdulillah setelah selesai semua, Intan filing semula borang 1 & 2 tu dan everything was fineee.. 

Untuk filing borang 1 & 2, memerlukan pembayaran RM 192.00 tau. Kena bayar melalui online banking. Sebab tu lah anda kena tanya sama ada firm tanggung tak kos filing tu. sebab sepanjang 9 bulan nanti banyak lagi benda yang anda kena bayar dan bukan murah sesuatu benda tu. 


d. Boleh saya tahu waktu bekerja disini?
*ni kena tahu kalau taknak masuk lambat kerja

Okay.. ini adalah antara benda yang anda kena tahu sebelum start chambering. Anda bersedia tak nak commit untuk kerja yang hanya cuti on weekend? sebab chambering ini memerlukan commitment anda selama 9 bulan tu. Chambering & Legal Attachment adalah dua benda yang berbeza. Dan dunia chambering ni tak delah indah mana pun. HAHA

Kalau anda tak suka travel bangun pagi, cari firm yang dekat dengan rumah. Jangan masa interview semua sanggup, skali bila dah start, asyik lambat masuk office. masalah tu. mencemar rekod. Be yourself. Intan bagitahu siap2 dekat master yang i will getting marry on April. Alhamdulillah she's ok with that. 

so masa interview tu nanti berterus-terang dalam semua perkara okay. Jangan segan2 nak tanya apa2. supaya nanti tak termakan diri. 

Sila baca juga and revise balik segala nota2 Law yang anda masih simpan sebab in case Master anda akan tanya masa interview. tgk juga member bar council yang penting. mana tau kan tiba-tiba ada soalan dari master anda.

ok lah, intan akan sambung semula on my next post procedure nak filing borang 1 & 2 untuk newbie.

bye..

XOXO
-intan-






Comments

Popular posts from this blog

ICE BREAKING